Tuesday, May 24, 2011

Cara membuat air kombuchea ( Alga Mekah )


Hello ols, hari ni baru aku ada kesempatan untuk menulis tentang Lumiglow yang baru 3 hari aku cuba ni.

Sekarang aku baru step sapu dulu, sbb cendawan aku masih dalam tempoh pembiakan ( 1 bulan ), mase 1st pakai aku dah rase effect die iaitu - period aku dah mulai keluar ( warna merah ), kalau before this mmg aku period, tapi hanya brownish dan sedikit bahkan memakan masa hampir 1 bulan. itu pun dah satu keberkesanan nya - Alhamdulillah!

Tapi mungkin aku kurang minum air - rase macam gatal2 pulak - mungkin proses detox ni x dapat keluar sbb aku kurang minum air - lepas ni aku kene minum banyak air.





Ini adalah iklan yang berjaya menarik perhatian aku


Proses Pembuatan.

1) Sediakan barang keperluan, alatan dan bekas seperti :-

a) Jug plastik

b) Senduk pengacau

c) Kain untuk penutup jug

d) Getah gelang

e) Bekas untuk perangkap semut

f) Serbuk teh

g) Gula batu/gula pasir

h) Penapis teh

**KESEMUA ALATAN HENDAK DIPASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN YANG TINGGI.

2) Siapkan air teh ‘O’ lebih manis yang siap ditapis dan dibiarkan hingga sejuk sendiri.

3) Masukkan 10% air benih (jika benih yang baru dibeli – tuang keseluruhannya) ke dalam bekas yang disediakan, (contoh : Jug) dan masukan benih serta air teh ‘o’ lebih manis tersebut.

4) Tutup permukaan bekas menggunakan kain dan ikat dengan getah.

5) Letakkan bekas yang mengandungi benih tersebut kedalam suatu bekas lain yang lebih besar dan berisi air sebagai perangkap semut. Biarkan selama 7-14 hari ditempat yang selamat tanpa diganggu.

6) Apabila kelihatan dipermukaan seperti roti canai/lempeng, bermakna proses telah berjaya. Angkat benih tersebut dan diasingkan ke dalam bekas yang lain bersama 10% airnya. Air yang tinggal hendaklah ditapis dan sedia untuk diminum atau disimpan di dalam peti sejuk.

7) Ulang proses di atas untuk penyediaan seterusnya.

4 comments:

VISUALarts said...

So mcmana penggunaan lumiglow anda skrg?
ada keberkesanan yang lain tak?/

case89 said...

x pnh dgr dlm mana2 kitab pn psl benda ni. ada kata lumut telaga zam2..tp cuma bleh hdup dlm air gula?? hellooo. air zam2 tu ada kandungan gula ke? jgn bg nama pelik untuk jual produk. huhuuu

Wanrusli78 said...

Assalamualaikum..saya ada menjual jus alga mekah di area sri kembangan selangor,jika berminat sila call / whatapp 0134075321(rusli)..tq

Unknown said...

Saya ada jual alga mekah WhatsApp saya 0123045673