Sekarang aku baru step sapu dulu, sbb cendawan aku masih dalam tempoh pembiakan ( 1 bulan ), mase 1st pakai aku dah rase effect die iaitu - period aku dah mulai keluar ( warna merah ), kalau before this mmg aku period, tapi hanya brownish dan sedikit bahkan memakan masa hampir 1 bulan. itu pun dah satu keberkesanan nya - Alhamdulillah!
Tapi mungkin aku kurang minum air - rase macam gatal2 pulak - mungkin proses detox ni x dapat keluar sbb aku kurang minum air - lepas ni aku kene minum banyak air.

Ini adalah iklan yang berjaya menarik perhatian aku
Proses Pembuatan.
1) Sediakan barang keperluan, alatan dan bekas seperti :-
a) Jug plastik
b) Senduk pengacau
c) Kain untuk penutup jug
d) Getah gelang
e) Bekas untuk perangkap semut
f) Serbuk teh
g) Gula batu/gula pasir
h) Penapis teh
**KESEMUA ALATAN HENDAK DIPASTIKAN TAHAP KEBERSIHAN YANG TINGGI.
2) Siapkan air teh ‘O’ lebih manis yang siap ditapis dan dibiarkan hingga sejuk sendiri.
3) Masukkan 10% air benih (jika benih yang baru dibeli – tuang keseluruhannya) ke dalam bekas yang disediakan, (contoh : Jug) dan masukan benih serta air teh ‘o’ lebih manis tersebut.
4) Tutup permukaan bekas menggunakan kain dan ikat dengan getah.
5) Letakkan bekas yang mengandungi benih tersebut kedalam suatu bekas lain yang lebih besar dan berisi air sebagai perangkap semut. Biarkan selama 7-14 hari ditempat yang selamat tanpa diganggu.
6) Apabila kelihatan dipermukaan seperti roti canai/lempeng, bermakna proses telah berjaya. Angkat benih tersebut dan diasingkan ke dalam bekas yang lain bersama 10% airnya. Air yang tinggal hendaklah ditapis dan sedia untuk diminum atau disimpan di dalam peti sejuk.
7) Ulang proses di atas untuk penyediaan seterusnya.